Kadar Fidyah | RM 2.00, RM 4.00, RM 6.00 |
---|
Bayaran Fidyah
RM2.00 – RM6.00
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kadar bayaran fidyah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5 yang bersidang pada 3 November 2020 adalah seperti berikut:
- Beras Super Special Tempatan (RM 2.00);
- Beras Putih Import / Beras perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi (RM 4.00); atau
- Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah (RM 6.00).
Taksiran Fidyah:
(Hari Yang Ditinggalkan) x (Tahun Gandaan) x (1 Cupak) = Jumlah Fidyah