Projek Khatan4Kemboja

RM70.00

Setiap sumbangan bagi Projek Khatan4Kemboja ini akan digunakan sepenuhnya bagi menanggung kos berkhatan untuk seorang peserta khatan. Kos ini adalah termasuk perbelanjaan bagi:
  • Sehelai Kain Pelikat Baru;
  • Alatan Perubatan Untuk Berkhatan; dan
  • Ubat-Ubatan Selepas Berkhatan.
Tajaan projek khatan ini akan disalurkan sepenuhnya untuk kumpulan asnaf dan Muslim kurang bernasib baik di negara Kemboja. Antara faktor utama yang menyumbang kepada pelaksanaan Projek Khatan ini adalah seperti berikut:
  1. Kos perkhidmatan khatan yang amat tinggi disebabkan oleh penggunaan mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD) sebagai mata wang utama di negara tersebut;
  2. Perkhidmatan khatan yang amat terhad dan sukar didapati kerana masyarakat Islam Kemboja terdiri daripada golongan minoriti yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman; dan
  3. Kaedah berkhatan yang digunakan di sana merupakan kaedah tradisional yang memerlukan penjagaan rapi dan mengambil masa yang lama untuk sembuh, manakala Pasukan Perubatan dari UMission for Peace Malaysia menggunakan kaedah moden yang selamat, praktikal serta lebih cepat sembuh.
Pelaksanaan projek ini sememangnya mendatangkan impak besar buat saudara-saudara Muslim kita di sana serta sedikit sebanyak membantu membantu mereka untuk menjaga kebersihan diri bagi tujuan beribadah.

 

SKU: 1500 Category:
Shopping Cart